Wednesday, February 3, 2010

Murtad bermaksud meninggalkan ("keluar") dari sesuatu agama. Orang murtad boleh beralih kepada agama yang lain atau memilih untuk kekal tanpa agama (ateisme).

Terdapat juga orang yang murtad tetapi masih mengaku kekal dalam agama yang sama. Ini terjadi apabila seseorang itu menolak sebahagian asas kepada agama mereka tersebut tetapi patuh kepada asas yang lain. Dalam Islam, mereka yang mengaku kekal dalam Islam tetapi melakukan perkara yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam, dianggap sebagai musyrik.

Kebanyakan agama menganggap murtad sebagai satu dosa.

Faktor berlakunya gejala murtad di Malaysia

1. Lemah pegangan agama.

2. Jahil tentang akidah dan hukum-hakam Islam.

3. Terpengaruh dengan tawaran kebendaan.

4. Faktor perkahwinan.

Murtad Dalam Islam

Kemurtadan dalam Islam didefinisikan oleh kaum Muslimin sebagai keadaan yang memperlihatkan ketidaksetiaan terhadap Islam oleh tiap Muslim yang telah sebelumnya berserah pada teologi Islam. Termasuk dalam hal ini ialah tindakan meninggalkan Islam dan sejumlah tindakan pemfitnahan terhadap Islam. Konsep inilah yang memdedakan murtad dengan sistem keagamaan lain.

Hal ini disebabkan kerana Islam juga merupakan institusi yang tidak memisahkan urusannya dengan urusan politik. Pada masa awal penyebarannya di Madinah, orang yang murtad dianggap sebagai membelot kepada institusi politik lain (dalam hal ini orang-orang Makkah), kerana antara dua negara tersebut sedang berada dalam situasi peperangan dan orang yang bergabung dalam Islam sendiri diikat dengan sumpah atau bai'ah.

Di masa khalifah Islam, murtad dianggap sebagai pengkhianatan, dan kerana itu diperlakukan sebagai pelanggaran hukum yang dikenakan hukuman mati. Hukuman mati dilaksanakan di bawah bidang kuasa khalifah apabila setelah tiga hari seseorang itu diminta kembali pada Islam gagal. Walau bagaimanapun, cendekiawan moden mengeluarkan pendapat mereka sendiri dalam kes tertentu, bahawa kini tiada bidang kuasa pusat yang sanggup memperkenalkan dan membawa acara kerja rasmi terhadap orang murtad yang menolak atau berbicara dengan tegas menentang Islam disebabkan tiada lagi khalifah Islam. Tokoh kontemporari paling menonjol yang dikutuk sebagai murtad oleh cendekiawan individu hari ini kemungkinan ialah Salman Rushdie.